Tentang PriceMator

PriceMator dari Mustaqil, dicipta untuk automasi pengiraan harga jualan yang sewajarnya diletakkan pada senarai produk anda di platform perniagaan online seperti foodpanda, GrabFood, dan lain-lain.

Mustaqil merupakan syarikat yang baru ditubuhkan daripada idea didapati oleh pengasas ketika beliau menyelami bidang pemakanan dan minuman di platform penghantaran online. Salah satu platform penghantaran online tersebut adalah foodpanda. Malah, dilihat ramai pengusaha baru mengalami kesukaran untuk menetapkan harga menu mereka dengan mengambil kira sama ada harga mereka itu mendatangkan keuntungan selepas ditolak pelbagai caj dari pihak platform online tersebut.

Maka, terhasilnya idea untuk membuat satu sistem kiraan automatik. Pengasas ikhtiar mencari beberapa rakan kerja untuk menjayakan projek ini.

Objektif projek ini adalah untuk meringankan beban kepada pengguna terutama kepada pengusaha baru sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Unique Visitor Counter

web counter